Anda Kini Boleh Tambah Perkongsian Instagram Yang Ditanda Ke Paparan Utama Profil

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 11 Sep 2026 07:01:08

Instagram melancarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna memaparkan perkongsian ditanda (tagged) terus ke paparan utama profil. Sebelum ini, perkongsian sebegini hanya boleh dilihat melalui tab khas. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh menyusun semula akaun mereka dan memilih perkongsian yang ingin dipamerkan supaya lebih mudah diakses oleh pengikut. Ciri baharu ini hadir tanpa menjejaskan tab ditanda (tagged) yang terus dikekalkan sebagai ruang khusus untuk semua perkongsian tag.

Pengguna boleh menambah perkongsian ditanda melalui notifikasi DM apabila ditag, menu tiga titik di bahagian kanan atas, atau terus dari tab Ditanda. Selepas itu, butang Add to grid akan muncul untuk menambah perkongsian ke paparan utama.

Jika berubah fikiran, perkongsian boleh dibuang semula tanpa menjejaskan kandungan asal. Secara lalai, ia akan dipaparkan mengikut susunan kronologi terbalik tetapi pengguna boleh menyusunnya semula mengikut cita rasa masing-masing dengan fungsi Reorder your grid.

Semakan kami mendapati tidak semua perkongsian boleh digunakan dengan ciri baharu ini. Hal ini menunjukkan bahawa fungsi tersebut masih bergantung pada tetapan akaun dan pilihan privasi yang ditetapkan oleh pengguna.

Instagram

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts