by Oh! Semput
Kini, laman sosial yang mempunyai hampir 2 Billion pengguna aktif itu melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan kemaskini terbaharu di mana para pengguna boleh memuat naik status dengan latar belakang berwarna.

Sebanyak 10 warna boleh digunakan berbanding penggunaan satu warna sahaja sebelum ini. Malah, saiz perkataan juga diperbesarkan agar status yang dimuat naik tampak lebih menarik.
Bagi mendapatkan penawaran terbaru ini, pengguna hanya perlu kemas kini aplikasi di Google Play dan buat masa ini, hanya pengguna peranti pintar Android sahaja ditawarkan.
Jadi kepada pengguna yang gemar memuat naik status berunsurkan ‘kata-kata mutiara’ , kemaskini terbaharu ini pastu membuatkan status anda lebih superb dan lebih inspirasi daripada status biasa. –MYNEWSHUB.CC