Gara-gara tak boleh tidur, lelaki ini habiskan RM500,000 dengan hanya beli kereta secara online

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 26 May 2023 11:31:08

Gara-gara tak boleh tidur, lelaki ini habiskan RM500,000 dengan hanya beli kereta secara online.

Cuba fikirkan, kira-kira pukul 3 pagi anda tidak boleh tidur kerana insomnia, kalau anda mahu beli barang melalui talian ketika itu, apakah barang yang akan anda beli?

Yang pasti anda tidak akan membeli kereta bernilai ratusan ribu ringgit.

Gara-gara tak boleh tidur, lelaki ini habiskan RM500,000 dengan hanya beli kereta secara online

Tetapi itu yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan muda dari Indonesia, Indra Kesuma. Disebabkan tidak boleh tidur dan mungkin tidak tahu apa yang mahu dilakukan, dia membeli kereta jenis Tesla berharga Rupiah 1.5 miliar (RM500,000).

“Efek (akibat) gak bisa (tidak boleh) tidur, jadi beli Tesla jam 3 pagi, belinya dari tokped (tokopedia.com) ini beneran ya serius,” kata Indra melalui klip video yang kemudiannya menjadi tular di negara itu.

Portal berita Detik.com melaporkan, perkara itu diakui syarikat pengimport kenderaan tersebut, Presiden Prestige Image Motorcars, Rudy Salim.

Indera juga sebelum ini melalui akaun instagramnya memaparkan gaya hidup mewah ketika bercuti di Bali apabila bergaya kasual yang dikatakan mencecah Rupiah 700 juta (RM230,000).

“Outfit nyantai (santai) ratusan juta check,” kata Indra.

Dia pun menjelaskan, harga pakaian dan aksesori yang menghiasi tubuhnya iaitu topi Gucci berharga Rupiah 6 Juta (RM3,000), cermin mata hitam Rupiah 2.7 juta (RM900), jam tangan Audemars Piguet Rupiah 500 juta (RM166,000) dan gelang hitam Bottega Veneta Rupiah 4 juta (RM1,300).

Indra juga memberitahu, beg Louis Vuittonnya berharga Rupiah 40 juta (RM13,000), baju hitam Off White Rupiah 4 juta (RM1,300), seluar Bershka Rupiah 700,000 (RM230) dan sneakers Yeezt Rupiah 8 juta (RM2,600).

Selain itu dia juga memakai cincin Frank & Co bernilai Rupiah 35 juta (RM11,600), rantai emas Rupiah 25 juta (RM8,300) yang dihiasi loket Bvlgari Rupiah 35 juta (RM11,600).

Indra merakam semua gayanya itu dengan Iphone 12 yang baru berada di pasaran Indonesia. Dia memilih versi Pro Max 152 GB berharga Rupiah 27 juta (RM9,000).

Siapa Indera Kesuma? Kenapa dia memaparkan kemewahan ini? Untuk menunjuk-nunjukkah atau ada motif lain?

UtusanTV yang melayari Instagram pemuda berusia 25 tahun itu mendapati, apa yang dilakukan Indra bukanlah untuk bermegah-megah tetapi bagi memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Dalam salah satu hantarannya, Indera mencoretkan, ‘’…Bekerja keraslah..sampai yang kau anggap mahal menjadi murah, sampai atasanmu menjadi partnermu (rakan kongsimu), sampai kegagalan menyerah untuk menghampirimu.’’

Bagi tujuan motivasi, Indera yang merupakan Pengarah Urusan PT Disotiv Digital turut menghasilkan klip video di Youtube. Klip itu adalah cerita sebenar perjalanan hidupnya sebelum menjadi jutawan.

Indra menyanyi sendiri dalam klip berjudul ‘#Murah Banget’ (sangat) itu kerana dia sememangnya mempunyai bakat tersebut. Pada tahun 2018 Indera menyertai pertandingan The Voice Indonesia.

Sekitar tahun 2015 hingga 2017, dia melakukan pelbagai pekerjaan antaranya menjadi penyanyi di kafe, pengacara majlis, juruhebah radio dan pemandu teksi e-hailing.

Selain menjadi pengarah urusan syarikat yang bergerak dalam bidang pemasaran digital, industri kreatif, khidmat fotografi dan videografi itu, Indera kini menjadi Youtuber.

BACA:

Bahaya hantar emoji ‘love’ dekat Whatsapp boleh dihukum penjara, rupanya ramai yang tak tahu

Rupanya ramai tak tahu, duit KWSP boleh bayar habis hutang PTPTN, ini cara-caranya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts