Meta Buang Ratusan Akaun Facebook Di Malaysia Kerana Pelanggaran Polisi

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 19:00:19

Meta dalam Laporan Ancaman Suku Tahunan memaklumkan, mereka telah membuang sejumlah 596 akaun Facebook, 180 Pages, 11 Grup dan 72 akaun Instagram.

Dedah Meta lagi, terdapat sekitar 427,000 akaun mengikuti (follows) satu atau lebih daripada 180 Pages tersebut.

Malah sekitar 4,000 akaun pula telah menyertai satu atau lebih daripada 11 grup tersebut.

Sementara sekitar 15,000 akaun itu pula mengikuti satu atau lebih 72 akaun Instagram tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas didapati semua akaun yang terlibat dikesan berlaku aktiviti yang mencurigakan. Sebahagiannya ada yang menggunakan gambar profil yang dicuri sekaligus melanggar polisi Tingkah Laku Tidak Sahih yang ditetapkan platfom media sosial itu.

Meta di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa mereka menemukan perkara ini selepas meneliti maklumat aktiviti-aktiviti ini yang pada mulanya disyaki berasal dari China. Walaubagaimanapun; dakwa Meta; hasil siasatan lanjut mendapati aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai kaitan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

{suggest}

We found this network after reviewing information about a small portion of this activity initially suspected to have originated in China by researchers at Clemson University. Although the people behind it attempted to conceal their identity and coordination, our investigation found links to the Royal Malaysia Police,” tulis Meta dalam laporan tersebut.

Meta menjelaskan, individu di sebalik akaun-akaun itu melakukan troll bagi tujuan memanipulasi perbincangan awam dengan menggunakan akaun palsu yang mengelirukan pengguna lain.

Akaun-akaun troll itu juga meliputi paltfom media sosial yang lain termasuklah Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dengan membuat hantaran meme dalam bahasa Melayu berkaitan politik dan lain-lain.

: fb.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts