Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Mengandungi Perisian Intip

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 20 May 2022 15:30:22

Pakar keselamatan dari TrendMicro melaporkan penemuan 7 aplikasi palsu yang ditawarkan di Google Play Store yang didapati direka bagi mencuri data sulit pengguna seperti mencuri kata laluan Facebook dan data-data sulit berkaitan kriptowang.

Malah ada di antara aplikasi itu sudah dimuat turun lebih daripda ratusan ribu kali.

Menurut TrendMicro, perisian intip Facestealer dikesan berselindung disebalik 7 aplikasi tersebut.

Facestealer pertama kali dilaporkan penemuannnya oleh Dr. Web dalam bulan Julai 2021 lalu yang mampu menyebabkan akaun pengguna Facebook diambil alih, membuat hantaran palsu, scam dan lain-lain.

Kapsyen: Contoh yang pernah dialami pengguna Facebook di mana mesej di atas tidak dibuat oleh mereka untuk dihantar kepada rakan lain.

TrendMicro juga mendedahkan, perisian intip Facestealer banyak dikesan berselindung disebalik kategori aplikasi kesihatan, fotografi, suntingan dan lain-lain.

Berikut adalah 7 aplikasi palsu yang dikesan TrendMicro mengandungi perisian intip Facestealer di dalamnya:

  • Daily Fitness OL
  • Enjoy Photo Editor
  • Panorama Camera
  • Photo Gaming Puzzle
  • Swarm Photo
  • Business Meta Manager
  • Cryptomining Farm Your own Coin

Penyelidik TrendMicro menyatakan, pengguna boleh mengelakkan daripada memuat turun aplikasi-aplikasi sebegini dengan menyemak dahulu review aplikasi yang ditawar, terutamanya review negatif yang dinyatakan pengguna pada aplikasi tersebut.

Jadi, bagi anda yang sudah memasang aplikasi-aplikasi tersebut bolehlah membuangnya dengan segera dari telefon pintar anda.

: TrendMicro

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts