Buang Segera 4 Aplikasi Pengurusan Fail Android Popular Ini, Dikesan Menyebar Sharkbot

by Oh! Semput


10
SHARES
130
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 04:00:25

Penyelidik keselamatan dari Bitdefender melaporkan penemuan aplikasi pengurusan fail popular mencurigakan di dalam Google Play Store.

Selepas diselidiki didapati, aplikasi tersebut mengandungi perisian hasad Sharkbot dan menyebarkannya kepada pengguna Android.

Aplikasi tersebut iaitu X-File Manager (com.victorsoftice.llc) didapati telah dimuat turun oleh lebih daripada 10,000 kali sebelum ia dibuang oleh Google.

Antara pengguna Android yang menjadi mangsa kepada aplikasi ini adalah dari negeri Itali, German dan United Kingdom.

Aplikasi X-File Manager ini bertindak sebagai dropper kepada perisian hasad perbankan Sharkbot selepas ia dipasang ke dalam peranti.

Di bawah adalah senarai institusi perbankan yang menjadi sasaran Sharkbot.

Hasil siasatan lanjut Bitdefender mendapati URL berkaitan menuju kepada IP di dalam negara Rusia.

Selain itu, Bitdefender turut menemui beberapa lagi aplikasi lain yang menyerupai dan bertindak sepertimana aplikasi X-File Manager dari Play Store dan platform pihak ketiga.

{suggest}

Bitdefender menyatakan, walaupun ia telah dibuang dari Play Store, tetapi di platform pihak ketiga ia masih ada ditawarkan.

Oleh itu pengguna Android untuk tidak memuat turun aplikasi tersebut.

Jika anda ada memasangnya di dalam peranti silalah buang dengan segera.

: Bitdefender

SUMBER ASAL

SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Shop Now
MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts