by Oh! Semput
Satu hantaran di Threads oleh pempengaruh kontroversi, DMA Islam yang mempersoalkan kemampuan kanak-kanak berusia sembilan tahun menghafal keseluruhan al-Quran mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran tersebut, DMA Islam menulis:

“Aku tak suka nampak budak² usia 9 tahun tapi dah hafal the whole Quran.
It’s most likely the result of abuse.”
Hantaran itu mencetuskan perdebatan apabila ramai beranggapan kenyataan tersebut boleh disalah tafsir sebagai memperlekehkan usaha menghafaz al-Quran serta golongan huffaz.
Seorang netizen berpendapat kenyataan berkenaan seolah-olah mempersendakan agama.
“Aku ni bukan arif sgt dgn hukum hakam ni tapi ayat tu cam mempersenda agama je. Macam memperlekehkan org yg nak dekatkan diri dgn Allah.”
Seorang lagi pengguna media sosial turut mengingatkan supaya lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan yang menyentuh agama.
“Bila kaitkan dengan agama, kena berhati² berkata-kata atau menulis. Tak semua kita boleh cakap ikut main suka. Ada bab kena ada batasannya.”
Beliau turut mengemukakan beberapa contoh tokoh Islam yang dilaporkan menghafal al-Quran pada usia muda.
“Tengok sejarah ulama kita hafal al-Quran, Imam Syafie (umur 7 tahun), Ibnu Sina (5 tahun), Ibn Khaldun (7 tahun), Imam Nawawi sebelum baligh.”
Sebelum ini, DMA Islam sering mencetuskan kontroversi apabila dia sering meninggalkan komen berbaur penindasan terhadap kaum wanita dan juga ‘role’ seorang lelaki di alam perkahwinan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Aku Tak Suka Budak Hafal Al-Quran, Rasa Macam Kesan ‘Abuse'” – DMA Islam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.