“Bukan lagi kaki melenting & gaduh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ayam

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 26 Mar 2023 07:00:21

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terpalit dengan kontroversi melibatkan konflik pengguguran nama aktor Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad enggan mengulas mengenai perkara berkenaan, selain meminta orang ramai agar tidak mengikut hati dengan bertindak ‘boikot’ filem berkenaan hanya kerana personal pengarah, Syamsul Yusof.

Kenyataan dan perkongsian aktor berusia 37 tahun membuatkan warganet terkejut dengan perubahannya yang dulunya cukup sinonim dengan ‘panas baran‘ dan ‘kaki gaduh‘.

“Sejak bila Sharnaaz ni tahu cakap baik-baik, elok-elok?
“Selalu dia tahu melenting sahaja, dengan semua orang nak ajak gaduh sahaja,”tanya warga Twitter menerusi ciapannya.

alt

Ciapan itu berjaya menarik perhatian pelakon filem Juvana dengan menyatakan semua orang layak untuk berubah ke arah kebaikan selain diumpamakan  perubahan itu dengan ‘ayam’.

“Sedangkan ayam boleh berubah menjadi ayam goreng dan enak dimakan, apakan pula dengan mamu.
“Okey tak persamaan tu? Bolehlah time lapar ni..”jawabnya.

alt

Jelas bapa kepada seorang cahaya mata, perubahan sikapnya itu sebenarnya itu adalah berdasarkan pengalaman dan usianya yang kian meningkat.

“Umur dan pengalaman mendewasakan sahabat,”jawabnya lagi.

alt

Terdahulu, Sharnaaz dalam satu hantaran di laman Insta Story menasihati orang ramai agar tidak ‘boikot’ filem terbaharu arahan Syamsul Yusof hanya disebabkan masalah yang dialaminya.

Ujar Sharnaaz, masih ramai individu terkesan sekiranya orang ramai terlampau mengikut perasaan berdasarkan rasa geram dan tidak puas hati dengan kelakuan pengarah berusia 38 tahun.

“Ada anak dan isteri ditinggalkan. Kerja dalam bahaya dan buat stunt yang membahayakan.
“Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah terbaik Malaysia pernah cipta,”tulisnya
alt

: Twitter @SharnaazAhmad

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts