Bukan sebarangan tempat! Penternakan babi di Selangor kini ikut syarat ketat -Fahmi

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 06 May 2026 10:34:23

Kerajaan Persekutuan menetapkan penternakan babi di Selangor hanya dibenarkan di kawasan baharu yang jauh daripada penempatan penduduk serta sumber air kritikal bagi mengelakkan isu pencemaran dan gangguan.

 Diputuskan dalam mensyuarat Jemaah Menteri

Menerusi sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, menterinya, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

alt

Perlu ada teknologi tinggi urus isu pencemaran

Ketetapan itu dibuat selepas sembah maklum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah serta perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari.

“Kerajaan Persekutuan juga berpendirian perlu ada penggunaan teknologi tinggi yang mampu mengurus isu sisa dan pencemaran dengan sangat baik,” katanya.

Sebelum ini, pada Februari, Sultan Selangor bertitah tidak memperkenankan aktiviti penternakan babi di mana-mana daerah di negeri itu.

Perdana Menteri turut menegaskan penternakan tidak wajar dilaksanakan di kawasan yang mendapat bantahan penduduk tempatan kerana boleh mencetuskan kontroversi.

Jika tiada kawasan bersesuaian, aktiviti tersebut tidak perlu diteruskan khususnya di Selangor.

alt

Susulan itu, Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu penternakan babi serta akan menutup ladang sedia ada secara berperingkat.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts