“Bukan ikut ayah, tapi sebijik macam ayah..” – Netizen nafi kejelitaan Nur Sajat diwarisi bapa

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 19 Jun 2018 03:03:17

Dalam keterujaan dan kemeriahaan menyambut hari raya Aidilfitri, ada juga yang tidak lupa untuk meraikan Hari Bapa yang jatuh pada Syawal ke-3 kelmarin.

Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat turut meluangkan masa memberi ucapan penghargaan buat ayahnya dengan berkongsi sebuah posting di laman Instagram milikya.

Menerusi beberapa keping gambar bersama heronya, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu mengakui wajah kecantikan ‘wanita’ yang dimilikinya telah diwarisi daripada ayahnya, Kamaruzzaman.

“My king. Ayah ku. Ramai yang kata wajah sajat ikut ayah. Biasanya kalau ikut wajah ayah, mesti cun kan. #perasanlebih #anakayah #sajatsayangayah #myking #rayake3,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak dipersetujui oleh netizen sebaliknya rata-rata menyatakan wajah lebih kepada kejantanan dan merupakan acuan daripada ayahnya.

Namun pemilik perniagaan emas Nur Sajat Gold itu turut menyelar kembali golongan yang cuba menafikan ‘kewanitaan’ dirinya dengan menyifatkan mereka memiliki ‘mulut jahat’.

: Nur Sajat

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts