Dr M: Saya bukan Bawa Senjata Ke Pekan, Hanya Nak Berikan Ucapan !

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Feb 2018 13:00:32




PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya merancang memberi ucapan di Pekan esok dan bukannya membawa senjata ke kawasalan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.


“Itu pengakuan UMNO mereka hendak buat masalah. Orang lain dalam kawasan itu tunggu saya.

“Saya rancang nak perlu lebih awal tetapi UMNO kata akan ada huru-hara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

UMNO Pekan hari ini meminta Mahathir membatalkan lawatannya ke kawasan parlimen itu kerana mungkin akan ada masalah dan pergaduhan, susulan rasa tidak puas hati padanya.

Anggota jawatankuasa UMNO Pekan Abdul Rahim Yahya memberitahu Malaysiakini ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan "banyak perkara".

Mahathir dijadual berceramah di Felda Chini dan melawat penempatan Orang Asli di Pekan esok. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...