“Dia Bukan Anak Yatim Piatu, Tapi…” – Semua Rakan Dah Pulang, Foto Pelajar Tahfiz Termenung Tunggu Dijemput Undang Sebak

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 10:01:25

Foto yang dimuat naik oleh akaun Facebook sebuah tempat pengajian agama di Kelantan telah mencuri perhatian ramai warganet selepas ia mempamerkan keadaan salah seorang pelajar mereka yang duduk di kerusi menantikan kehadiran ahli keluarga.

 

Advertisement

Bukan anak yatim piatu, tapi…

Menerusi foto yang tular di Facebook, dia merupakan salah seorang pelajar Maahad Tahfiz Al Quran AlUzma Lilaitam dan ketika waktu itu dia sedang duduk termenung seolah-olah menanti dirinya dijemput pulang oleh ahli keluarga.

Lebih menyedihkan, menurut pihak sekolah rakan-rakannya yang lain sudah menikmati cuti sekolah dan telah dijemput pulang oleh keluarga mereka.

Terpaksa tinggal kerana tiada yang peduli. Dia bukan anak yatim piatu, tapi ibu bapa dan penjaga tak dapat dikesan dan dihubungi.

 

Ada yang mahu ambil jadi anak angkat

Menerusi ruangan komen, seorang individu memuat nak tangkap layar mempamerkan perbualannya dengan pihak tahfiz tersebut di mana dia menyatakan niat mahu menjadikan pelajar tersebut sebagai anak angkatnya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak tersebut sudah lama tidak mengambil tahu tentangnya dan si bapa sahaja yang sering datang melawat namun lama kelamaan dia juga menghilang.

Jika diizinkan, saya dengan rendah hati ingin menjadikan dia anak angkat saya.

anak angkat

Hantaran itu telah meraih perhatian ramai warganet serta mengundang sebak dan sehingga kini ia sudah mendapat lebih 4,000 perkongsian di laman sosial Facebook.

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang sebak membayangkan kesedihan yang dirasai pelajar tersebut tatkala tiada rakan-rakan di sekelilingya kerana sudah pulang meluangkan masa bersama keluarga.

kanak-kanak ditinggal dalam kereta
6 months ago

"40 Minit Tunggu Tak Datang-Datang" - Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta, Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

“Dia Bukan Anak Yatim Piatu, Tapi…” – Semua Rakan Dah Pulang, Foto Pelajar Tahfiz Termenung Tunggu Dijemput Undang Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts