Buktikan "penyokong Liverpool terbaik di dunia", gesa Klopp

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 May 2020 18:02:09



KONGSI ARTIKEL

LONDON: Jurulatih pasukan Liverpoool Jurgen Klopp mahu para penyokong kelab itu membuktikan bahawa mereka adalah "penyokong duduk di rumah yang terbaik di dunia" selepas pihak polis pada Jumaat (29 Mei) menyarankan agar perlawanan penentu bagi Liverpool diadakan di sebuah stadium berkecuali dan bukan Anfield.

Liga Perdana England (EPL) menetapkan 17 Jun sebagai tarikh untuk liga tersebut kembali beraksi selepas digantung lebih dua bulan akibat penularan COVID-19.

EPL berharap sebahagian besar perlawanan liga dapat dimainkan secara tertutup tanpa sebarang penonton.

Pihak polis bagaimanapun prihatin terhadap keselamatan para penyokong dengan sebilangan daripada mereka dikhuatiri akan mengabaikan penjarakan sosial dan berkumpul di mana saja pasukan mereka akan turun padang.

Ini termasuk beberapa perlawanan seperti pertemuan antara Manchester City dengan Manchester United yang turut disarankan agar ia dimainkan di sebuah padang yang berkecuali.

Liverpool hanya perlu mendapatkan dua kemenangan untuk menjulang mahkota Liga Perdana England buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Liverpool akan dinobat sebagai juara EPL seawal minggu pertama liga tersebut disambung semula jika Manchester City tewas kepada Arsenal dan Liverpool menewaskan Everton.

"Saya terdengar beberapa hari lalu mengenai ungkapan yang menggambarkan penyokong kita sebagai yang terbaik di dunia, mungkin ungkapan yang sama boleh diberikan kepada kita juga sebagai penyokong duduk di rumah yang terbaik di dunia," kata Klopp kepada beIN SPORTS menerusi Keys & Gray Show di YouTube.

"Kami semakin bertekad untuk menjadi juara di padang dan kami kelihatan dapat mencapai matlamat itu di mana saja ia (perlawanan) akan diadakan," kata bos yang berasal dari Jerman itu.

- AFP/NA/na

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...