Ibu Bayi 6 Bulan Diugut Kerana Menindik Pipi Bayinya Dengan Subang.

by Oh! Semput


20
SHARES
261
VIEWS
Posted on 08 Jul 2017 08:01:13




Enedina Vance telah dikecam hebat di wall facebooknya selepas dia memuatnaik gambar bayi nya yang mempunyai subang di lesung pipitnya hujung Jun lepas. Dengan caption "Saya yang buat keputusan sehingga umurnya 18 tahun, dia kepunyaan saya".


Reaksi yang diterimanya sangat diluar jangkaan! Gambar itu telah mendapat lebih 14,000 kongsian. Ada yang mengecam tindakannya, mengugut akan membunuhnya malah mengugut untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak (child protective service)  Tapi gambar itu berjaya membuktikan poin yang ingin disampaikan, dan ramai ibubapa berbicara mengenainya di internet.

Vance menyatakan dia  mahu ibubapa menahan rasa marah, kerana reaksi ibu bapa apabila melihat bayi comel ini di"cedera"kan.  Ramai menganggap gambar yang dimuat naik itu adalah gambar betul.
Ramai beranggapan gambar tindikan itu adalah betul, tanpa menyedari dia menggunakan hashtag #sarcasm.



Sebenarnya Enedina Vance telah menggunakan photoshop untuk mengedit gambar bayinya dengan tujuan memberitahu orang ramai ibubapa tiada hak untuk mengubah rupa fizikal anaknya untuk tujuan kosmetik.
"Adakah kanak-kanak umur seminggu meminta ditindik subang?" katanya. "Hanya kerana ia kelihatan cantik, nampak comel - itu bukan alasan yang kuat"


sumber:mirrordotcodotuk

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts