by Oh! Semput
Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) mendedahkan, kebanyakan kanak-kanak yang dilapor terbabit kes keracunan cecair rokok elektronik atau vape adalah berusia satu hingga empat tahun.
Pegawai Farmasi, Sulastri Samsudin mendedahkan bahawa PRN turut menerima laporan keracunan membabitkan bayi berusia tiga bulan akibat kelalaian ibu bapa yang menjadi pesakit termuda sehingga kini.
Pegawai Farmasi, Sulastri Samsudin.
Kajian kandungan dalam cecair vape.
Malah Sulastri berkata, pihaknya menerima 57 panggilan kecemasan berhubung kes berkenaan dengan peningkatan ketara sejak dua tahun kebelakangan ini.
Kajian kes vape.
Justeru, pihaknya menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang melindungi generasi muda daripada terjebak dengan aktiviti merokok.
Bagi Pegawai Sains Dr Normaliza Abdul Manaf pula, dalam kebanyakan kes yang membabitkan pendedahan vape, kandungan cecair tidak dapat dikenal pasti melainkan bahan asas yang terdapat pada label iaitu propilena glikol, gliserin dan bahan perisa.
Dr Normaliza melakukan kajian kandungan dalam cecair vape di Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Georgetown.
Disebabkan itu, KKM mengiktiraf Makmal Toksikologi PRN (PRNLab) sebagai makmal bagi menjalankan analisa bahan kimia terhadap cecair vape membabitkan kes EVALI bagi pemantauan serta mengenal pasti bahan toksik yang berkaitan.
Kajian kandungan dalam cecair vape yang dilakukan di Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Georgetown.
Dr Normaliza berkata, ujian makmal spesifik yang diminta bagi pengesahan EVALI termasuk pengesahan propilena glikol, gliserin, gliserol dan nikotin selain ujian makmal tambahan vitamin E-asetat dan logam berat.
Keputusan analisis.
Sementara itu, perokok tegar Shamsul Rizal Ramli mengalami simptom awal seperti suara serak dan perlahan-lahan hilang sebelum disahkan menghidap kanser tekak tahap tiga.
Shamsul Rizal Ramli.
Lelaki berusia 46 tahun itu berkata, dia kini terpaksa bertutur menggunakan alat khas yang dipanggil electrolarynx gara-gara merokok seawal usia 13 tahun.
Mengimbas keadaan waktu itu, Shamsul Rizal berkata sekitar awal 2014, dia berasa sesuatu tidak kena dengan suara yang menjadi semakin perlahan sehingga sukar untuk menjerit sebelum bertemu dengan doktor pakar.
Shamsul Rizal Ramli.
Berikutan itu, dia turut bersetuju dengan cadangan KKM berhubung RUU terbabit agar generasi muda tidak didedahkan dengan sebarang produk tembakau atau rokok elektronik.