Bungkusan Pecah Sebabkan Tumpahan Merkuri, 5 Pekerja Selamat

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 23 Jun 2026 04:31:48

Lima pekerja sebuah syarikat kurier menerima rawatan selepas terdedah kepada tumpahan merkuri yang berpunca daripada sebuah bungkusan penghantaran yang pecah ketika proses pengasingan barangan di premis syarikat berkenaan di Jalan Terengganu, semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari itu mencetuskan tindakan segera pihak berkuasa memandangkan merkuri merupakan bahan kimia berbahaya yang boleh memberi risiko kepada kesihatan serta keselamatan persekitaran jika tidak dikendalikan dengan betul.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.03 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan bantuan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Bayan Baru ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kira-kira 500 mililiter merkuri tertumpah selepas bungkusan penghantaran yang mengandungi bahan tersebut rosak ketika proses pengendalian.

“Lima pekerja yang berada di dalam premis ketika kejadian melibatkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun telah terdedah kepada tumpahan berkenaan.

“Mereka diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan insiden itu, pasukan Hazmat menjalankan operasi nyahcemar menggunakan serbuk sulfur dan bahan peluntur khas bagi mengawal serta meneutralkan tumpahan merkuri daripada terus mencemari kawasan sekitar.

Pasukan operasi yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri turut melakukan pemantauan keselamatan dan pemeriksaan bacaan persekitaran bagi memastikan kawasan kejadian bebas daripada risiko pencemaran berbahaya.

Selepas kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan selesai dijalankan, kawasan berkenaan disahkan selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.06 petang.

Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden lebih serius, sekali gus memastikan keselamatan pekerja dan orang awam di sekitar lokasi terus terpelihara.

Bungkusan Pecah Sebabkan Tumpahan Merkuri, 5 Pekerja Selamat first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts