Cabar Enakmen Syariah Kelantan, Nik Elin Terima Ugutan Bunuh

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 11 Feb 2024 11:31:20

 

Susulan tindakan mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di Mahkamah Tinggi Persekutuan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menerima ugutan bunuh.
Nik Elin yang juga merupakan seorang peguam membuat tiga laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya.
“Banyak ancaman dalam hidup saya, begitu juga serangan secara dalam talian lain dan (ancaman untuk) ‘sembelih’ saya.
“Saya sudah tidak ingat berapa banyak ancaman yang diterima kerana semua individu ini tidak faham.
“Mereka hanya mengikut arahan pemimpin politik secara membuta tuli,” jelasnya ketika  menjadi tetamu dalam wawancara eksklusif podcast ‘Beyond the Headlines’ bersama New Straits Times.
Menurut Nik Elin, orang ramai sepatutnya membaca mengenai setiap peruntukan agar lebih memahami undang-undang.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
: Sinar Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts