KERAJAAN perlu meneliti terlebih dahulu prestasi kewangan negara walaupun terdapat cadangan supaya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil alih Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk mengelak daripada syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu diisytihar muflis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata pertimbangan lebih teliti terhadap cadangan itu perlu dibuat berikutan industri minyak dan gas merupakan satu industri strategik, dan Sapura Energy merupakan sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia.