by Oh! Semput
Penyanyi rap, Caprice akan memberi petrol percuma kepada pengunjung di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek 2, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur jam 2.30 petang esok.
Menerusi satu video hantaran di laman Instagram, sumbangan petrol berjumlah RM10,000 itu akan diberikan kepada pemilik kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori.
Video itu memaparkan Caprice bersama seorang lelaki dipercayai pemilik stesen minyak tersebut yang mengajak orang ramai untuk mengisi petrol percuma.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan murni penyanyi lagu Kau Hade itu selain mendoakan dia supaya sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ada memaklumkan ingin memberikan sebuah kereta jenis Kia Sportage miliknya secara percuma kepada pengunjung bertuah.
Kenyataan tersebut dibuat selepas ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadapnya berhubung dakwaan posting berbaur fitnah di Instagram
Difahamkan, Caprice telah mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes membabitkan bekas isteri iaitu Emilia Hanafi dalam video ulasannya yang dimuat naik pada 28 Jun lalu.
: Instagram Caprice