by Oh! Semput
Kuala Lumpur: Pengguna Celcom akan menikmati data percuma bagi melayari Facebook (FB) dan Whatsapp selama seminggu dan pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Maklumat itu disiarkan melalui FB Celcom berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari FB, Whatsapp dan Instagram sejak 2 minggu lalu.
Selain akan mengumumkan data percuma bagi melayari FB dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambahbaikan bagi melayari FB sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini.
Sementara itu, masalah gangguan Internet dalam kalangan pengguna Celcom mengundang kemarahan dikalangan netizen.
Pemilik akaun FB dengan nama Mohd Hazreeq, memberi komen di FB Celcom meminta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil berat isu ini.
“Diminta pihak SKMM mengambil berat kes ini. Semua pengguna Celcom teraniaya dengan kejadian ini dan tidak ada keputusan timbal balik yg adil bagi kejadian yang berlaku. Kami tetap kena bayar bil setiap bulan pada rate (harga) yang sama sedangkan servis yang diberikan sangat menghampakan pengguna,” katanya.