by Oh! Semput
Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub memberi pandangan peribadinya berkaitan motif PAS yang sering memfokuskan kerjasama antara UMNO dan DAP.
Menurut laporan UMNO Online, beliau berkata naratif yang dimainkan PAS pada ketika ini terhadap kerjasama UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) dengan jolokan UMDap itu mencerminkan kekesalan dan kecemburuan mereka melihat kejayaan dua gabungan membentuk Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya lagi, PAS pernah mencipta pelbagai fatwa ketika ‘berkahwin’ dengan DAP termasuklah memberi gelaran Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz dan menghalalkan penyokongnya mengundi parti itu.
Artikel lain: PKR Kelantan sokong Nurul Izzah bukan sebab anak Anwar Ibrahim
Sekadar info, PAS pernah menjalinkan kerjasama secara terus bersama DAP ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999 melalui platform Barisan Alternatif (BA) dengan strategi satu lawan satu.
Setelah menemui kegagalan, kerjasama PAS dan DAP terus diusahakan dalam platform baharu, iaitu Pakatan Rakyat (PR) dari 2008 sehingga 2015. Pas tekad memperbaiki kerjasama politik dengan Dap untuk menerima demokrasi melangkaui pilihan raya.
Bagaimanapun, hubungan kemuncak PAS dan DAP dalam PR terjejas apabila timbul isu Langkah Kajang, pencalonan Menteri Besar Selangor dan hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.