Perkongsian oleh Hanis Hazi, resepi enoki goreng atau nama lainnya cendawan jarum.
1- Potong akar cendawan tersebut, basuh dan ceraikan antara satu sama lain. Cendawan ini datang dalam bentuk gumpalan.
2- Bancuh tepung untuk menggoreng. Kalau nak senang guna tepung yang sudah dibancuh seperti Bestari atau Kentucky. Sekiranya anda rajin bolehlah bancuh tepung sendiri mengikut citarasa masing-masing. Nak rangup, letak sedikit tepung beras ke bancuhan tersebut.
3- Goreng sehingga kering, tetapi jaga-jaga jangan sampai terhangus.
4- Toskan dan letak dialaskan tisu dapur atau kitchen towel.
Nak tahu tips untuk menjadikan bahan gorengan kekal rangup lebih lama? Sediakan para-para dan letakkan tisu itu di bawah para tersebut. Dengan cara ini, minyak dapat ditoskan sepenuhnya dan terasing dengan barang gorengan. Jadi bahan anda tidah serap balik minyak tersebut!