Apa cerita bas memotong di garisan Kembar ?

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 06:00:15

KELMARIN kita dikejutkan dengan tragedi nahas jalanraya membabitkan sebuah bas ekspress di Muar, Johor yang meragut 14 nyawa termasuk pemandu bas ekspres, manakala 16 lagi cedera selepas terhumban ke dalam gaung.

Mengambil kejadian di atas sebagai iktibar seorang pembaca Portal Suara Masyarakat Sabah bertanya apakah perkembangan video viral pemandu yang memotong di garisan kembar di Jalan Ranau Telupid.

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Sabtu. Kejadian itu mengakibatkan 14 maut manakala 16 lagi cedera. -foto BERNAMA

” Saya teringat balik tentang video viral bas yang memotong di garisan kembar yang berlaku di Ranau apabila anak perempuan saya mengadu takut mau naik bas selepas menonton berita kemalangan di Johor semalam.

Apa cerita sudah tu ? Sudah disiasatka? betul juga itu video yang viral ?

Minta jasa baik kepada admin/editor supaya ketengahkan balik isu video bas memotong di garisan kembar yang pernah disiarkan di Suara Masyarakat Sabah. Selepas kejadian yang berlaku di Johor anak saya macam trauma mau naik bas lebih-lebih lagi selepas teringat  balik video itu,” luah pembaca hanya mahu dikenali Pacik Jamut.

Pada 12 Disember lalu, Suara Masyarakat Sabah berkongsi satu rakaman video yang menunjukkan sebuah bas penumpang memotong sebuah kenderaan lain di garisan berkembar. Baca Sini

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan bagaimana tindakan tidak bertanggungjawab oleh pemandu sebuah bas ekspres kerana memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain di kawasan selekoh atas garisan berkembar.

Dua hari selepas itu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dalam satu kenyataan di Berita Harian Online memberitahu Siasatan sedang dijalankan terhadap bas ekspres yang viral selepas klip video bas itu memotong di garisan berkembar di Jalan Ranau-Telupid tersebar secara meluas di media sosial.

“Buat masa ini kami telah memulakan siasatan dan telah menghubungi syarikat pengendali bas yang berpangkalan di Semporna. Kita juga sudah mengambil keterangan,” memetik laporan Siasatan Bas Memotong di Garisan Kembar Dijalankan – LPKP

Bagaimanapun apa yang menjadi pertanyaan apakah hasil siasatan yang dijalankan ? Apakah dakwaan yang tersebar di media sosial benar-benar berlaku ? Ramai yang mahu mengetahui perkembangan perkara ini.

Mohon pihak berkenaan untuk memberi pencerahan. – Suara Masyarakat Sabah


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts