Cermin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 13 Oct 2026 17:00:35

Cermin mata pintar Oakley Meta HSTN dan Vanguard kini ditawarkan di Malaysia. Berbeza dengan siri Ray-Ban Meta yang menekankan gaya harian, model Oakley ini lebih fokus kepada pengguna aktif bersukan atau gemar aktiviti luar.

Oakley Meta HSTN menampilkan gaya kasual dengan rekaan moden yang sesuai untuk mereka yang mahukan cermin mata pintar sambil mengekalkan rupa harian santai. Sementara itu Oakley Meta Vanguard pula hadir dengan rekaan lebih agresif dan berorientasikan prestasi. Ia sememangnya dibina khusus untuk ketahanan tinggi serta penggunaan dalam aktiviti sukan lasak.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model dilengkapi kamera ultra lebar 12MP, rakaman video sehingga resolusi 3K dan sistem audio imersif dengan susunan lima mikrofon untuk tangkapan suara lebih jelas. Kelebihan pada model Vanguard ialah sudut pandang kamera lebih luas iaitu 122° FOV serta tambahan 6dB pada pembesar suara. Hal ini memastikan audio kekal lantang walaupun ketika berbasikal atau bersukan pada kelajuan tinggi.

HSTN memenuhi piawaian IPX4 yang tahan percikan air seperti Meta Ray-Ban, manakala Vanguard lebih unggul dengan penarafan IP67 yang melindungi daripada debu dan rendaman air. Dari segi bateri, HSTN mampu bertahan sehingga 8 jam dengan sekali cas, sementara Vanguard sehingga 9 jam. Kedua-duanya turut disertakan bekas pengecas yang menambah hayat penggunaan sehingga 48 jam.

Oakley Meta HSTN dijual di Malaysia pada harga RM2,069, manakala Oakley Meta Vanguard berharga RM2,589. Kedua-dua model cermin mata pintar ini akan mula ditawarkan bermula 20 Oktober 2026 di kedai Oakley serta rangkaian runcit EssilorLuxottica termasuk Sunglass Hut, A-Look, SEEN dan kedai optik terpilih di seluruh Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts