IKEA Cheras Tutup Restoran Selama Dua Minggu, Pihak Pengurusan Beri Penjelasan

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 18 Jun 2026 06:32:40

Restoran IKEA Cheras menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan penutupan sementara operasinya selama dua minggu bermula semalam.

Perkara itu mula tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads berkongsi gambar notis arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Advertisement

Ikea cheras

Susulan itu, IKEA Cheras tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penutupan restoran berkenaan.

Menurut pihak IKEA Cheras, restoran tersebut ditutup sementara bermula 17 Jun 2026 bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk memastikan premis terus memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.

ikea cheras

“Kami mohon maaf atas segala kesulitan. Restoran Sweden IKEA Cheras kami ditutup sementara mulai hari ini (17 Jun 2026) sementara kami menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan kami terus memenuhi piawaian kebersihan tinggi yang diharapkan oleh IKEA dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia.”

Bagaimanapun, IKEA memaklumkan bahawa kafe dan bistro di cawangan tersebut masih beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan restoran.

Dalam masa sama, pelanggan juga boleh mengunjungi restoran IKEA lain termasuk di Damansara, Tebrau dan Batu Kawan yang masih beroperasi seperti biasa.

Pihak IKEA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak opah strawberry
2026-06-16 12:12:35

Pemilik Opah Strawberries Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 - "Saya Akui Yang..."

IKEA Cheras Tutup Restoran Selama Dua Minggu, Pihak Pengurusan Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts