China pulangkan dron laut

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 07:00:34

WASHINGTON: Pentagon hari ini mengesahkan China sudah menyerahkan semula dron bawah air yang dirampas minggu lalu.

Agensi itu menyebut kenderaan ujian tentera laut itu diserahkan berhampiran kawasan diambil, iaitu kira-kira 92 kilometer di bahagian barat laut Teluk Subic.

Menurut satu kenyataan, AS akan ‘terbang, belayar dan beroperasi di Laut China Selatan’ seperti mana dibenarkan undang-undang antarabangsa.

China merampas dron itu di kawasan perairan antarabangsa, Khamis lalu dalam satu konfrantasi serius di antara kedua-dua kuasa besar itu yang sudah wujud berdekad-dekad lamanya.

“Dron itu diserahkan secara baik pada tengah hari selepas satu rundingan persahabatan antara pihak AS dan China,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut Pentagon, dron itu yang dikenali dengan nama kenderaan ujian tentera laut bawah air tanpa pemandu atau UUV digunakan untuk menjalankan penyelidikan sains pada waktu ia dirampas. – Agensi

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts