China rasmi 'Pavillion China' sempena COP28

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 01 Dec 2023 18:00:28

CHINA pada Khamis mengadakan upacara perasmian “Pavilion China” dan acara sampingan yang bertemakan “Praktik Tamadun Ekologi dan China Indah” di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Upacara itu diadakan bersempena dengan bermulanya Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28).

Menteri Ekologi dan Persekitaran China Huang Runqiu dalam ucapannya berkata kerajaan China sentiasa mengambil berat terhadap pembinaan tamadun ekologi dan melaksanakan konsep “Gunung Hijau dan Air Jernih Bagaikan Gunung Emas dan Perak”.

Beliau berharap persidangan kali ini akan terus menegakkan amalan multilateralisme, membalas seruan dan permintaan dari negara-negara membangun, mendorong negara-negara maju untuk mencapai pakej penyelesaian dan pelaksanaan Perjanjian Paris secara komprehensif dan berkesan.

Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim Xie Zhenhua berkata China akan terus memberi sumbangan lebih besar untuk membina dunia yang maju, hijau dan indah melalui tindakan pantas dan langkah kerjasama Selatan-Selatan dan Selatan-Utara.

Bekas Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Erik Solheim berkata China merupakan pelopor di pentas dunia dalam bidang perlindungan alam sekitar dan boleh diteladani negara lain. – Bernama, 1 Disember, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts