China tahan 11 individu buang 2,900 tan sampah

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 26 Dec 2016 03:00:50

SHANGHAI: China menahan 11 orang kerana membuang lebih daripada 2,900 tan sampah ke dalam sungai Yangtze di wilayah Jiangsu, lapor agensi berita rasmi Xinhua lewat semalam.

Sampah itu dibuang awal bulan ini selepas dua firma yang diberikan kontrak untuk melupuskan sampah isi rumah berkenaan menyerahkan kerja itu kepada pihak ketiga.

China berusaha membendung pencemaran untuk memulihkan kembali air, tanah dan udara yang tercemar teruk di kebanyakan wilayah negara itu.

Namun, pegawai penguat kuasa mengakui bahawa pengawasan dan penguatkuasaan semata-mata tidak memadai.

Dengan kebanyakan bandarnya dikelilingi tapak pelupusan, China yang pesat membangun juga bergelut dengan jumlah sampah yang semakin meningkat.

Kementerian Alam Sekitar bulan lalu menyatakan 246 bandar besar dan sederhana menghasilkan 185 juta tan sisa isi rumah pada 2015 dan 1.91 bilion tan sisa industri.

Dalam rancangan yang diterbitkan September lalu, China menyatakan ia perlu membelanjakan 192.4 bilion yuan (RM123.9 bilion) dari 2016 hingga 2020 untuk meningkatkan kadar rawatan sisa. – Reuters

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts