China terus tingkat tahap keterbukaan institusi 

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 21 Sep 2023 15:00:27

CHINA akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dari aspek institusi demi membentuk Paradigma Pembangunan Baharu, kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Cong Liang pada Rabu.

“Pertumbuhan nilai tambah industri yang bersaiz tertentu dan jumlah jualan runcit barangan penggunaan semakin pulih pada bulan Ogos.

“Selain itu kemerosotan dalam bidang import dan eksport mengecil dan indeks harga pengguna bertukar daripada kecenderungan menurun kepada meningkat,” katanya dalam satu taklimat dasar yang diadakan secara berkala di Beijing.

Dalam pada itu, beliau berkata indeks harga pengeluar perindustrian dan keuntungan sektor korporat terus mengecil dalam kecenderungan menurun.

Kadar pengangguran di kawasan pekan dan bandar pula menunjukkan sedikit penurunan dan Indeks Pembelian Pengurus (PMI) industri pembuatan terus melantun, manakala faktor positif dalam operasi ekonomi bertambah banyak, dan prospeknya turut bertambah baik.

“Di sebalik inflasi yang berleluasa di dunia baru-baru ini, harga barangan China kekal pada julat yang rendah.

“Bagaimanapun, ekonomi negara ini tidak mempunyai apa yang disebut masalah deflasi,” katanya.

“Pendapat mengenai Meningkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi demi Membentuk Paradigma Pembangunan Baharu” telah disemak dan diluluskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Pusat Pembaharuan Komprehensif pada Julai lalu.

“NDRC akan meningkatkan usaha dalam memperincikan reformasi institusi dan mekanisme dalam bidang utama dan meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi ekonomi.

“Di samping itu NDRC juga akan memperkasa penyelarasan antara tiga aspek iaitu penggubalan dasar, peningkatan keterbukaan dan keterjaminan keselamatan wilayah demi membentuk Paradigma Pembangunan Baharu,” tambah Cong. – Bernama, 21 September, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts