PRK Chini: Pengundi digesa keluar mengundi, patuh SOP

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 03 Jul 2020 10:03:11

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengundi kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini diminta tidak mengabaikan penjarakan sosial ketika keluar mengundi pada esok. — Foto Bernama
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengundi kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini diminta tidak mengabaikan penjarakan sosial ketika keluar mengundi pada esok. — Foto Bernama

PUTRAJAYA, 3 Julai — Walaupun terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Chini digesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagaimanapun pengundi dinasihatkan mengikuti kebiasaan baharu berikutan PRK ini kali pertama diadakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerana penularan wabak Covid-19.

“Walaupun terdapat SOP ketat yang dikeluarkan, tidak bemakna tanggungjawab (untuk mengundi) tidak dapat dilaksanakan. Pengundi diseru menunaikan tanggungjawab mengundi, malah pengundi luar kawasan juga disaran balik untuk menunaikan tanggungjawab ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini hari ini.

Beliau berkata kebiasaan baharu seperti jarakan sosial ketika beratur dan pemakaian pelitup muka terutama di kawasan yang sesak perlu diikuti oleh pengundi, dan semua SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diikuti demi menjamin keselamatan dan kesihatan masing-masing.

PRK Dun Chini menyaksikan 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal yang akan mengundi esok. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts