Blac Chyna Bawa Lari Anak, Curi Perabot Kamar Bayi Dari Rumah Rob Kardashian

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 16:00:20

Akibat pergaduhan dengan tunangnya, Rob Kardashian, Blac Chyna melarikan diri bersama bayi pertama mereka iaitu Dream.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f321887%2f0f1d6be8-cc94-4ad3-8185-b8e8bc035d55

Gambar : Google

Kali ini, keluarga besar Rob nyata tidak boleh menahan lagi kesabaran mereka akan sifat Chyna yang dikatakan sudah melampau. Bukan itu sahaja, Chyna turut pergi meninggalkan kediaman tersebut bersama perabot di kamar bayinya itu berserta barangan makanan.

Sememangnya dari awal lagi, keluarga Kardashian dan Jenner tidak langsung menyenangi perhubungan Rob dan Chyna. Ahli keluarga Rob mahu mereka berpisah kerana mereka percaya yang Rob layak mendapat seorang gadis yang lebih baik dari Chyna.

capture-20161221-190007

Gambar : Instagram Rob Kardashian

Namun, Rob berdegil dan setia bersama Chyna yang dikatakan hanya mahukan kesenangan, kemewahan dan populariti keluarga besar Kardashian itu.

Isnin lepas, Rob membuat satu kenyataan di laman sosial yang mana dia seakan mahukan Chyna kembali berbaik dengannya.

“Saya meminta maaf dan saya ingin mencari pertolongan dalam mengatasi masalah dan isu yang berlaku,” tulis Rob dengan mesej yang mana Chyna seakan seorang ibu yang baik buat anaknya itu.

Rob turut memuat naik sekeping gambar Dream menerusi laman Instagram dengan mesej yang dia mahukan kehidupan terbaik bersama anaknya itu. Katanya lagi, Dream adalah tonggak permulaan untuk diri dia berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Sebelum ini, Chyna pernah mempunyai hubungan istimewa bersama Tyga serta dikurniakan dengan seorang anak. Kini Tyga menjalinkan hubungan bersama Kylie Jenner.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts