Cinta romantis, aksi cemas

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 19 Jul 2017 22:01:04

Belum ditayangkan di pawagam, filem Baby Driver ciptaan pengarah Shaun of the Dead, Edgar Wright sudah pun menerima ulasan positif pengkritik, media asing dan mendapat rating tinggi daripada Rotten Tomatoes.

Walaupun mengetengahkan aksi dan jenayah, filem ini dikatakan seperti muzikal kerana kisahnya diiringi muzik, cuma wataknya tidak menyanyi dan menari.

Filem ini mengisahkan pemandu handal bernama Baby lakonan Ansel Elgort mendengar lagu menerusi iPod sepanjang masa bagi melegakan masalah tinnitus yang dihidapinya sejak kanak-kanak.

Pada masa sama, dia dikehendaki melangsaikan hutangnya dengan berkhidmat untuk Doc, penjenayah yang menjadi dalang beberapa siri rompakan.

Meskipun mempunyai juruaksi untuk babak mengejar kereta, Elgort turut dikehendaki menjalani latihan aksi lasak untuk memahami cara pemanduan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts