CIPTA RAYA – Konsert & Rumah Terbuka M. Nasir: Sebuah Karya Ikonik dari Maestro Iman Tang!

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 14 Mar 2025 11:30:53

Setiap kali tibanya Hari Raya, dilema memilih kampung halaman suami atau isteri sering menjadi topik perbincangan dalam keluarga. Tidak kurang juga, ada yang bertelagah dalam menentukan destinasi untuk berhari raya. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangga.

Namun, Syawal tahun ini bakal diraikan dengan cara yang lebih unik! Ikon industri hiburan, Iman Tang dari Icon Entertainment, mempersembahkan Konsert Rumah Terbuka M. Nasir, sebuah acara istimewa yang akan berlangsung pada 13 April 2025 (Ahad), jam 8:00 malam di ZEPP Kuala Lumpur. Ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu konsep segar yang belum pernah diterokai sebelum ini, direalisasikan dengan penuh keunikan oleh Iman Tang.

Konsert ini membawa mesej yang mendalam, ketepikan segala perbalahan, sebaliknya ajak ibu, ayah, mertua dan seluruh keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya dalam suasana penuh magis dan harmoni di lebaran kali ini.

Iman Tang telah menCIPTA suasana lebaran yang luar biasa, memberi peluang kepada peminat untuk menyambut Syawal bersama lagenda M. Nasir secara langsung di hadapan mata, sesuatu yang sebelum ini hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen. Dalam era di mana rancangan hiburan televisyen semakin kurang relevan bagi generasi hari ini, konsert ini membawa dimensi baharu dalam meraikan perayaan.

Konsert ini lebih daripada sekadar persembahan muzik, penonton juga akan disajikan dengan juadah hari raya, menjadikan pengalaman ini benar-benar menyerupai suasana rumah terbuka yang sebenar.

Siapa yang tidak mengenali lagu-lagu raya Dato’ M. Nasir yang malar segar seperti Suatu Hari di Hari Raya dan Salam Dunia? Malah beliau juga telah mencipta lebih daripada 15 lagu raya untuk pelbagai artis lain. Pada malam konsert nanti, para peminat bakal dihiburkan dengan sekitar 20 lagu raya, yang pastinya membangkitkan nostalgia dan semangat perayaan.

Tabik hormat kepada Iman Tang dan Dato’ M. Nasir, yang telah menCIPTA satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanah air. Konsert Rumah Terbuka M. Nasir bukan sahaja menjadi konsert Hari Raya berbayar pertama di Malaysia, malah membuktikan bahawa artis tempatan mampu memberikan impak besar kepada masyarakat dan negara.

Jadi, tahun ini, lupakan seketika perdebatan mengenai kampung mana yang perlu dikunjungi, sebaliknya, nikmati Syawal dengan cara yang lebih istimewa di Konsert Rumah Terbuka M. Nasir!

Tiket boleh di dapati di www.ticket2u.com.my

Oleh: Roomnone

CIPTA RAYA – Konsert & Rumah Terbuka M. Nasir: Sebuah Karya Ikonik dari Maestro Iman Tang! #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts