Cisco Menugaskan Proses Menulis Semula 98% Kod Legasi Menggunakan Seorang Kakitangan Sahaja

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 31 Oct 2026 07:00:50

Meta, Google dan Microsoft kesemuanya telah membuang pekerja dalam jumlah yang besar kerana tugas mereka dikatakan boleh digantikan oleh kecerdasan buatan (AI). Microsoft misalnya menawarkan skim berhenti bekerja awal kepada 60,000 kakitangan kerana yakin dengan sistem AI. Tetapi Cisco ialah syarikat paling berani kerana memberikan tugas menulis semula 98% kod legasi yang digunakan kepada seorang sahaja kakitangan menurut laporan Fortune.

Programming Pengaturcaraan Belajar

Idea yang nampak seperti tidak logik kepada CEO Cisco Jeeta Patel berkata kakitangan tersebut, Padmanabhan Krishnamurthy yang hanya bersuia 27 tahun akan dibantu sepenuhnya oleh AI dengan penggunaan token tanpa had. Krishnamurthy diberikan tempoh 24 bulan untuk menyiapkan tugas yang diberikan ini.

Mengapa kod legasi perlu ditulis semula? Model AI terkini mampu mencari kerentanan baharu yang tidak disedari sebelum ini. Maka kod lama yang sukar difahami kakitangan lebih muda perlu dikemas kini untuk menampal kerentanan serta pepijat yang boleh dieksploitasi penyerang yang juga menggunakan AI.

Kerisauan mengenai kerentanan pada sistem atas talian sedia ada menyebabkan beberapa negara di Eropah mula memberikan amaran kepada rakyat supaya menyimpan bekalan makanan serta minuman selama 3 hari. Serangan siber ke atas peti sejuk pasaraya Intermarche di Perancis dua minggu lalu menyebabkan stok makanan rosak setelah suhu dinaikkan ke 50 darjah Celsius oleh penggodam.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts