Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM

by Oh! Semput


12
SHARES
158
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 12:00:57

PUTRAJAYA – Pengemar coklat tentunya bersedih apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan dua coklat import luar negara iaitu Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Perkara berkenaan dimaklumkan Bahagian Hab Halal, JAKIM menerusi kenyataannya yang dimuat naik pada Facebook hari ini.

Dua coklat berkenaan turut tidak mendapat pengiktirafan halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Oleh yang demikian, jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my,” tulis kenyataan tersebut.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM di facebook.com/HabHalalJakim. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts