“Comel Betul Couple Ni” – Peminat Terhibur Tengok Fattah Amin Kali Pertama Solek Fazura

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 29 Sep 2022 18:01:55

Baru-baru ini pelakon Fattah Amin telah menyahut cabaran untuk menatarias wajah isterinya, sempena makan malam ulang tahun kelahiran Fazura.

Video yang dimuat naik di YouTube berkenaan membuatkan ramai terhibur melihat gelagat Fattah kerana itu merupakan kali pertama dia menyolek wajah isterinya.

Advertisement

Harini saya akan mencuba satu benda yang saya tak pernah sebenarnya make up isteri saya, Faz.”

Turut dapat dilihat pelakon filem Mat Kilau itu memberikan tips untuk suami di luar sana menatarias wajah isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar pasangan suami isteri itu kekal bahagia hingga ke syurga.

“Suka tengok suami isteri ni semoga kekal bahagia hingga ke Jannah Amiin,” tulis seorang peminat.

“Suka sangat tengok mereka berdua..Semoga berbahagia hingga ke Syurga. Happy Birthday Faz,” kata seorang warganet.

Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan Fattah dan Fazura sebagai pasangan yang kelakar dan comel ketika bersama.

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan..

1 minggu lalu

"Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak" - Izara Aishah 'Perli' Netizen Suka Lagakan Neelofa Dan Fazura?

“Comel Betul Couple Ni” – Peminat Terhibur Tengok Fattah Amin Kali Pertama Solek Fazura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts