by Oh! Semput
COROS Wearables Inc. melancarkan jam tangan pintar sukan edisi khas terbaharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu COROS PACE 4 Jakob Edition.
Model edisi atlet ini dibangunkan menerusi kerjasama erat bersama pemenang pingat emas Olimpik berkembar sekali gus pemegang rekod dunia acara larian jarak sederhana, Jakob Ingebrigtsen. Jam tangan ini hadir dengan skema gabungan warna hitam dan emas (Gold and Black) sebagai simbolik penghormatan kepada kemenangan bersejarah atlet berkenaan di pentas Olimpik.
Dari aspek spesifikasi fizikal dan perkakasan, COROS PACE 4 edisi khas ini dilengkapi dengan paparan skrin sentuh jenis AMOLED bersaiz 1.2 inci. Ia dijana oleh cip satelit berprestasi tinggi yang menyokong dwi-frekuensi, serta memuatkan sensor imbasan kadar denyutan jantung optikal yang telah dipertingkatkan.
Jam tangan ini menampilkan reka bentuk bezel berasaskan bahan aluminium dengan perkakasan bersalut PVD untuk ketahanan tinggi daripada persekitaran ekstrem, kerangka dwi-warna Two-Tone Injection Molded yang ringan, serta rekaan dail lut sinarĀ eksklusif yang memperlihatkan pin logam emas di dalamnya.

Sebagai edisi pengumpul, utas tali jam didatangkan dengan penjenamaan khas bertulis “FEARLESS” berserta rekaan muka jam tersuai bergeometri balapan yang memaparkan tanda masa 03:25 sebagai simbolik penghormatan kepada sasaran larian 1,500 meter beliau.
Di pasaran domestik, COROS PACE 4 Jakob Edition ditawarkan dalam reka bentuk kotak pembungkusan eksklusif.

Jam sukan ini sedia untuk dibeli bermula hari ini melalui stor rasmi COROS di platform Shopee pada tanda harga RM1,499, manakala aksesori sokongan COROS Heart Rate Monitor dijual secara berasingan pada harga RM499.
{suggest}
COROS PACE 4 Jakob Edition Kini Di Malaysia, Harga RM1,499 WISER.MY.