249 lagi kes COVID-19 di S'pura dibenarkan pulang, kesemuanya 46,740 sudah sembuh

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 07:01:24



SINGAPURA: Seramai 249 lagi kes COVID-19 di Singapura dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan masyarakat pada Sabtu (1 Ogos), menurut kemas kini Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu malam.

Ini menjadikan 46,740 pesakit virus korona itu sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Terdapat 117 kes yang masih berada di hospital. Kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih, dan tiada pesakit kini berada di unit penjagaan rapi.

Seramai 5,628 kes COVID-19 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat, terdiri daripada mereka yang mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19.

MOH sebelum itu mengesahkan 307 kes baru COVID-19 setakat tengah hari, termasuk satu kes dalam masyarakat melibatkan seorang wanita rakyat Singapura yang setakat ini kesnya tidak terkait dengan kes lain.

Wanita 26 tahun itu, diuji kerana didiagnos dengan jangkitan pernafasan akut apabila pertama kali bertemu doktor, menurut MOH.

Terdapat lima kes import dilaporkan hari ini, terdiri daripada dua pemegang pas kerja, dua pemegang pas tanggungan dan seorang pemegang pas lawatan jangka panjang. Mereka dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura.

Mereka datang ke Singapura dari China, Filipina dan India.

Seorang daripada mereka, budak lelaki berumur setahun yang datang dari India, merupakan kontak satu kes sebelum ini.

Kebanyakan kes baru yang dilaporkan hari ini adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing.

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura kini adalah 52,512.

IKEA ALEXANDRA, WISMA ATRIA DIKUNJUNGI KES COVID-19

Lima tempat baru juga ditambah kepada senarai tempat yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh mereka berjangkit.

Tempat-tempat itu termasuk IKEA Alexandra, Omakase Burger di Wisma Atria dan pasar raya Giant di Sunshine Place.


Singapura kini berada dalam Fasa 2 pembukaan semula setelah tempoh "pemutus jangkitan" selama hampir dua bulan yang bertujuan mengekang penularan COVID-19.

Sejak bermulanya Fasa 2, kebanyakan kegiatan sudah disambung semula, dengan langkah jarak selamat dilaksanakan dengan ketat.

Pada Khamis, MOH mengumumkan pelonggaran lanjut sekatan ke atas jumlah orang yang dibenarkan bagi dua acara keramaian penting - iaitu perkahwinan dan pengebumian.

Pihak berkuasa menyatakan pasukan bertindak berbilang kementerian akur akan perlunya "kegiatan dan peristiwa penting kehidupan diteruskan" semasa pandemik COVID-19 dan langkah itu adalah sebahagian daripada "aktiviti yang disambung semula secara berhati-hati dalam Fasa 2".

Sejak awal Fasa 2, sehingga 20 orang dibenarkan menghadiri sesebuah majlis pernikahan.

Mulai 4 Ogos, sehingga 50 orang akan dibenarkan menghadiri majlis pernikahan. Ini termasuk pasangan mempelai, namun tidak termasuk kadi dan vendor.

Di upacara pengebumian, sehingga 30 dibenarkan hadir mulai 4 Ogos untuk memberi penghormatan terakhir.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/TQ/tq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...