Covid-19: Jumlah kes keseluruhan cecah 10,000

by Oh! Semput


HOME Posted on 17 Sep 2020 01:00:52



Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara terus meningkat dengan 62 kes direkodkan, hari ini menjadikan sejumlah 668 kes aktif.

Angka terkini itu menyebabkan jumlah keseluruhan kes akibat wabak berkenaan mencecah 10,031 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 61 daripada 62 kes itu adalah penularan tempatan, manakala satu kes import dari India yang membabitkan warganegara.

"Bagi penularan tempatan, 59 kes dilaporkan di Sabah iaitu 48 kes babit Kluster Benteng LD, empat kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu, tiga kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia, dua kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan masing-masing satu kes daripada Kluster Pulau serta saringan di Penjara Sandakan.

"Dua lagi kes tempatan direkodkan di Kedah membabitkan Kluster Sungai dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 serta kes ke-9,459 yang juga ahli keluarga kepada mereka di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 15 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 26 kes dilaporkan pulih, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,235 kes atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Tiada pertambahan kes kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 128 kes," katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...