save 2.0

Covid-19: Emma Maembong rindu anak, kakak bantu jadi ibu susuan

by Oh! Semput


HOME Posted on 19 Jan 2021 11:31:47



Pelakon drama Isteri Separuh Masa, Emma Maembong sebelum ini ada memaklumkan di laman Instagramnya mengenai dugaan melanda dia dan suaminya Shazli Azhar yang disahkan positif Covid-19.

Terbaru, aktres berusia 29 tahun itu memuat naik satu swafoto yang memaparkan mereka sekeluarga. Ujian saringan dilakukan sebelum ini mengesahkan anaknya Shariq Gabriel negatif Covid-19.

Emma meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang berusia tiga bulan itu dan mengharapkan agar masa berlalu dengan pantas supaya dia boleh bertemu dengan putera sulungnya setelah sudah 10 hari ‘berpisah’

Selain itu menerusi perkongsian di Instastory, anak kelahiran Terengganu itu meluahkan rasa bersyukur kerana mempunyai kakak untuk menjaga anaknya buat sementara waktu.

Tambah Emma, kakaknya yang bernama Beby Maembong menjadi ibu susuan kepada Shariq atau mesra dipanggil Gabby.

Posting luahan rindu pemilik nama Fatimah Rohani itu dibanjiri komen daripada netizen yang turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan sekali gus dapat bertemu kembali dengan cahaya mata tercinta.

Tidak dinafikan menjadi seorang ibu dan berpisah sementara bersama anak merupakan momen yang sangat sedih, namun demi keselamatan ini merupakan jalan yang terbaik. Semoga Emma dan suami cepat sembuh!

: Instagram Emma Maembong

's

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News