COVID-19: Singapura lapor 642 kes baru termasuk 2 kakitangan prasekolah

by Oh! Semput


HOME Posted on 24 May 2020 00:01:29



SINGAPURA: Singapura melaporkan 642 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Sabtu (23 Mei), menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 31,068.

Sebilangan besar daripada kes baru itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Dalam kemas kini selanjutnya, MOH menyatakan sebanyak 631 kes melibatkan pekerja tersebut.

Terdapat 11 kes jangkitan dalam masyarakat - enam daripadanya adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR), tiga adalah pemegang pas kerja dan baki dua pemegang permit kerja, menurut MOH.

Dalam kalangan mereka adalah dua kakitangan prasekolah.

"Jumlah kes jangkitan baru dalam masyarakat meningkat, dari purata lima kes setiap hari pada minggu sebelumnya kepada purata tujuh kes setiap hari pada minggu lalu.

"Jumlah kes tanpa kaitan dalam masyarakat juga meningkat, dari purata satu kes setiap hari pada minggu sebelumnya kepada purata dua kes setiap hari pada minggu lalu."

Menurut MOH, ini berlaku kerana "pemantauan dan pemeriksaan aktif yang dijalankan ke atas penghuni rumah rawatan warga emas dan kakitangan prasekolah, yang mengesan lebih banyak kes pada minggu lalu".

Dalam kalangan kes baru itu, 99 peratus terkait dengan kelompok yang sudah dikenal pasti sementara bakinya masih menantikan hasil pengesanan kontak."

Lagi dua kelompok juga ditemui pada Sabtu iaitu di 28 Kian Teck Road dan 121 Tuas View Walk 1.

Sebanyak 927 lagi pesakit COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 13,882 sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

- CNA/HA/ha

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...