Cristiano Ronaldo Masih Berteka-Teki Soal Persaraannya Daripada Kancah Bola Sepak Profesional

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 21 Aug 2019 08:01:59

Bintang bola sepak dunia yang menyarung jersi Juventus, Cristiano Ronaldo masih lagi berteka-teki soal persaraannya daripada kancah bola sepak profesional.

Ronaldo yang kini sudah menjengah usia 34 tahun menjelaskan tidak mustahil beliau akan bersara pada musim hadapan atau berkemungkinan mampu untuk beraksi hingga usia 40 tahun.

”Saya tidak memikirkan tentang perkara tersebut.”

”Mungkin saya boleh meninggalkan karier saya pada tahun hadapan tetapi saya juga masih boleh bermain hingga usia 40 atau 41.”

”Saya tidak tahu. Apa yang selalu saya katakan adalah untuk menikmati saat ini. Pemberian ini sangat baik dan saya perlu untuk terus menikmatinya.”

Dalam masa yang sama, pemenang lima kali Ballon d’Or itu nyata begitu berbangga dengan deretan rekod yang dicatatkan sepanjang karier hebatnya.

”Adakah terdapat mana-mana pemain bola sepak yang mempunyai rekod lebih baik berbanding saya?”

”Saya tidak merasakan terdapat pemain bola sepak yang mempunyai rekod lebih banyak daripada saya.”

Selepas mencipta kegemilangan di Real Madrid, karier beliau di Juventus juga tidak kurang hebatnya apabila menjadi antara tonggak utama buat kelab Turin tersebut.

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 28 gol pada 43 perlawanan dilaluinya pada musim lalu sekaligus berjaya membantu Juventus terus mendominasi saingan Serie A buat kali kelapan berturut-turut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts