Cuaca berangin dijangkakan sehingga akhir Feb

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Feb 2020 03:01:03



Images

  • cuaca berangin

    (Gambar: Mediacorp)

KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Cuaca berangin dengan hujan sekali kala boleh dijangkakan bagi kebanyakan hari pada separuh kedua bulan Februari, menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) pada Jumaat (14 Feb).

Hujan lebat berserta guruh pada sebelah petang juga dijangkakan, dalam dua minggu akan datang.

MSS juga meramalkan hujan lebat berserta guruh di merata negeri pada satu atau dua hari sepanjang tempoh ini, sambil menambah ia disebabkan oleh pertemuan angin di kawasan sekitaran.

Jumlah hujan bagi bulan Februari diramalkan berada pada paras hampir normal bagi sebahagian besar kawasan di Singapura.

Suhu harian pada separuh kedua bulan Februari diramalkan antara 24 hingga 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Cuaca lebih panas pula dijangka berlaku pada beberapa hari dengan suhu maksimum sekitar 34 darjah Celsius.

- CNA/HA/ha

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...