Cubaan Curi Lembu Guna Perodua Bezza Gagal

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 18 Dec 2016 12:01:00

PORT DICKSON – Hasrat dua penjenayah untuk mencuri seekor lembu dengan cara menyumbatnya ke dalam sebuah kereta Perodua Bezza gagal apabila kenderaan serba luas itu terlibat dalam kemalangan di Kampung Cina Batu 6, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas masuk ke dalam lubang di laluan tanah merah kebun kelapa sawit ketika cuba meloloskan diri daripada kepungan pemilik lembu yang menyedari kegiatan suspek.

Menurut pemilik lembu berkenaan, Chukuni Ali,63, dia telah menghidu akan ada kegiatan curi lembu itu dan segera memaklumkan kepada rakannya untuk mengepung suspek.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Adzli Abu Shah ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian.

bezzabezza2bezza3bezza4

Sementara itu, insiden yang membabitkan penggunaan kenderaan jenama tempatan itu menjadi topik hangat apabila netizen berkongsikan gambar kejadian dengan pelbagai kapsyen lucu menggambarkan keluasan kenderaan terbabit.

Seorang pengguna Facebook, Jasicca Ooi menyatakan: “Pakai Bezza curi lembu….

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts