CUEPACS setuju COLA dikaji semula

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 12 Jan 2019 07:01:35

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan cadangan kerajaan mengkaji semula elaun kos sara hidup (COLA) bagi pegawai kerajaan berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan saja dirasai kakitangan awam di bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Katanya, keadaan itu tidak selari dengan kenaikan gaji diterima kakitangan kerajaan menyebabkan beban hidup semakin dirasai.

“Kerajaan bukan saja wajar memikirkan untuk mengkaji semula COLA tetapi menimbang kenaikan untuk semua lokasi tanpa mengira sama ada kakitangan berkhidmat di bandar atau luar bandar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Manusia, M Kulasegaran semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula COLA bagi pegawai kerajaan.

Kulasegaran dipetik berkata, kali terakhir COLA untuk pegawai kerajaan dikaji semula ialah pada 2012 dengan jumlah ditetapkan pada RM300, RM250, dan RM150 tertakluk kepada lokasi penempatan.

Azih berkata, kajian semula COLA tepat pada masanya sebagai salah satu usaha memberi kebaikan kepada kakitangannya, khususnya kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua.

: BH Online


Share this

Cikgu Share

Posts

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts