"Yang Tak Cukup Bagus Boleh Menyerlah" - Linda Jasmine Komen Prestasi Peserta Dansa Dan Sing

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 22 Jan 2020 14:00:28

Asraf Aided
Hiburan

Guru tari dan juri tetap Dansa Dan Sing, Linda Jasmine melihat peningkatan prestasi peserta dalam konsert minggu ketiga Ahad lalu.

Pada masa yang sama, Linda turut melihat beberapa kumpulan yang kurang memberangsangkan berbanding minggu sebelumnya.

"Tak semestinya kumpulan yang tidak menonjol akan terus kekal begitu, mereka boleh menyerlah dalam konsert seterusnya.

"Perkara ini telah terbukti di konsert minggu ketiga ini dimana saya melihat ada peserta yang melakukan peningkatan.

"Namun pada masa yang sama, ada juga kelihatan kurang menyerlah kerana mereka telah lakukan persembahan yang lebih memukau sebelum ini," jelasnya.

Tambah Linda, dia turut menjangka ada peserta yang menyusun strategi untuk mengeluarkan 'taring' secara berperingkat.

"Pada masa yang sama, saya rasa mungkin ada peserta yang masih menyimpan kebolehan mereka dan mengeluarkannya secara berperingkat.

"Ada kemungkinan mereka merancang strategi itu untuk dibawa hingga ke konsert akhir nanti," tambahnya.

Selain Linda, ikon fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim juga telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts