save 2.0

PKP cukup kawal Covid-19 — Suhakam

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2021 04:31:17



13 JANUARI — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kebimbangan berkenaan pengumuman Proklamasi Darurat oleh kerajaan baru-baru ini yang bermula dari 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

Proklamasi Darurat yang dikeluarkan bagi membendung wabak Covid-19 tidak boleh dijustifikasikan memandangkan kerajaan baru sahaja melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 13 hingga 26 Januari 2021. 

Suhakam mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa bulan ini. Bagaimanapun, langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan dan pematuhan yang ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh rakyat dilihat mencukupi untuk membendung penularan wabak tersebut.

Suhakam turut mengambil maklum bahawa dalam tempoh Darurat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditangguhkan (digantung) sehingga dimaklumkan kelak. 

Suhakam menekankan bahawa Parlimen adalah institusi utama demokrasi dan merupakan badan yang diamanahkan dengan fungsi pengawasan bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat. 

Melihat kepada pengumuman ini, Suhakam bimbang tentang ketiadaan semak imbang terhadap penumpuan kuasa eksekutif kerajaan sepanjang tempoh Darurat.

Dalam hal ini, Suhakam menggesa kerajaan agar mendukung tugas dan tanggungjawab mereka dalam menghormati kedaulatan undang-undang dan terus melindungi kebebasan asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mengawal wabak ini. 

Suhakam menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak Covid-19. 

Suhakam turut menyeru kerajaan untuk mengatur langkah-langkah yang efektif bagi menyokong pemenuhan hak ekonomi dan sosial rakyat terutamanya golongan rentan yang terjejas oleh Darurat dan perintah kawalan pergerakan. 

Langkah-langkah ini termasuk peruntukan sokongan kelangsungan hidup, makanan, pendidikan, perlindungan sosial dan kesihatan.

* Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News