Buah dabai Sarawak

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:41



Menu makan malam ni adalah makan buah dabai/ dabei. Kalau sekali tengok memang sama macam buah kurma bentuk buahnya.

Dabai goreng ikan bilis.

Tamat musim durian yang agak lama juga kali ni, sebulan lebih kot. Bersambung pula musim buah yang lain.

Kalau di Sarawak ni ada buah yang eksklusif dan tak tumbuh di semenanjung iaitu buah dabai/ dabei.

Tawar dan lelemak gitu rasa dia. Saya pun tak tahu apa sebab buah ni memang tak boleh tumbuh di semenanjung walaupun ramai rakan bawa balik biji dan tanam. Memang tak menjadi.

Itulah uniknya buah ni. Rasanya tawar gitu tapi bila digaul dengan garam atau masak kicap memang sedap.

Cara makan buah dabai.

Buah ni keras, sebelum makan kena rendam dalam air suam beberapa minit baru jadi lembut dan boleh dimakan.

Selamat dah masuk perut, tinggal biji je. Inilah biji buah dabai.

 
Video cara sediakan buah dabai untuk dimakan. Banyak resepi buah dabai ni sebenarnya. Goreng kicap boleh, masak pedas cili api boleh ikut kreativiti.

Kawan2 di semenanjung nak cuba makan buah dabai? Shopee kan ade. 

Cuba beli terus di sini : https://invol.co/cl5nutt

Makan dulu ye.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News