Dakwaan Makanan RMT Tak Cukup Khasiat : Guru Sekolah Beri Penjelasan Perkara Sebenar

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 06 Sep 2016 06:00:04

Kelantan, 6 Sep - Semalam, berita tentang sebuah sekolah di sini yang didakwa menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkhasiat menjadi topik perbualan hangat netizen.

Namun, selepas isu itu viral, guru di sekolah berkenaan tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Menurut guru terbabit, Nur Athirah Aripin, kes itu mula viral apabila seorang guru di sekolah tersebut memuat naik perkara itu di Facebook.

"Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah.

"Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik.", tulis guru berkenaan.

Tambah puan Athirah lagi, informasi yang diberi oleh guru berkenaan tidak tepat dimana sebenarnya menu hari itu adalah Nasi Goreng Cina, bukan lah nasi putih seperti yang di gembar-gemburkan.

"Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian), tembikai dan milo. Nasi goreng cina ni penender kami dgn inisiatif sendiri siap tambahkan sosej+colourful egg utk menarik minat budak utk makan. Kalau u guys guru mmg akan tahu yg budak2 susah yg amat nk makan RMTS."

"Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak. PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all! And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me.", kata puan Athirah.

Dalam masa yang sama, puan Athirah turut menghubungi pihak Siakapkeli untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar menerusi inbox.

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts