Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Ini Yang Perlu Dilakukan Dengan Segera

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 01:30:20

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita mendengar mengenai isu kehilangan wang dalam akaun bank simpanan atau penipuan kewangan. Bagi mengulas mengenai isu tersebut, telah berlangsung sesi webinar untuk membincangkan mengenai penipuan kewangan yang berkaitan kehilangan wang daripada akaun bank tanpa pengetahuan atau kebenaran.

Dalam sesi webinar yang berlangsung di halaman Facebook Amaran Scam itu, pelbagai isu telah menjadi topik perbincangan termasuklah mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan segera, sekiranya menyedari duit dalam akaun bank telah lesap.

{suggest}

Mungkin ramai yang tertanya, jika situasi itu berlaku, pihak mana yang perlu dihubungi terlebih dahulu? Sama ada institusi kewangan atau pihak polis. Oleh itu, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil dengan kadar segera, jika terdapat transaksi bank yang meragukan:

1. Maklumkan kepada bank anda dengan kadar segera. Sebaiknya adalah dengan cara menelefon bank berkenaan, di mana nombor telefon boleh didapati melalui laman sesawang rasmi perbankan atau di belakang kad ATM.

2. Hubungi talian berikut:

  • CCID Scam Response Centre melalui 03-2610 1559/1599
  • BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465

3. Akhir sekali, laporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna turut dinasihati untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi dari sumber yang tidak sah seperti fail APK dan sebagainya. Jika mendapati laman web yang mencurigakan, anda juga diminta untuk tidak memasukkan butiran bank.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts